Overblog
Edit post Follow this blog Administration + Create my blog
Semua Tentang Manusia

SEO : Perkara yang Perlu Dielakkan

December 6 2018 , Written by Ainie Jamal

SEO atau nama panjangnya, Search Engine Optimization merupakan komponen penting dalam pembinaan dan aplikasi sesebuah laman sesawang atau blog. Nak memahami SEO ini bukanlah perkara yang mudah disamping algorithm Google ini sentiasa berubah. Pelbagai kemaskini dilakukan oleh Google yang kini lebih fokus kepada kandungan yang berkualiti. Ini bertujuan menangani masalah kandungan spam yang tidak releven dalam enjin carian. Contohnya seperti Penguin Update.

Dalam proses aku belajar seo ini, aku ada join kontes seo seperti kontes Melayu Boleh. Melalui kontes ini sebenarnya aku dapat belajar banyak perkara mengenai seo ini. Daripada artikel ini boleh berada di muka pertama, kedua hingga jatuh sampai ke muka 7 dan aku rasa bakal jatuh lagi. Kita belajar daripada kesilapan dan ilmu yang kita dapat itu sangat berguna.

Jom kita tengok beberapa perkara penting dalam SEO dan perkara yang perlu dielakkan:

Penggunaan Keyword atau Kata Kunci
Penggunaan kata kunci dalam penulisan ini akan releven sepanjang masa. Pakar affiliate mesti hebat dalam penggunaan keyword sekiranya mereka mempromosi barangan mereka dengan menggunakan laman atau blog. Enjin carian akan menggunakan kata kunci (keyword) ini untuk memaparkan hasil carian kepada pengguna.

Jadi, dalam penulisan. Tulislah artikel yang berkaitan dan memberi manfaat kepada pengguna. Walau bagaimanapun, dalam penggunaan kata kunci ini, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan. Antaranya ialah:

Penggunaan Kata Kunci (Keyword) secara berlebihan - Penggunaan kata kunci secara berlebihan akan memberi impak negatif kepada sesebuah entri itu. Paling teruk Google membacanya sebagai spam dan ini melanggar peraturan mereka. Mungkin artikel itu akan berada pada muka pertama selepas diterbitkan, namun ianya hanya buat seketika. Mungkin paling lama pun adalah sehari atau dua hari. Kemudian akan terus merudum.

Keyword Density – Mungkin sesetengah pihak menganggap keyword density ni merupakan salah satu aspek dalam SEO. Berdasarkan bacaan dan apa yang berlaku pada artikel aku tu, keyword density sebenarnya tidak releven dan tidak penting. Apa yang penting ialah menulis kepada pembaca kita.

2 aspek ini besar kesannya dan perlu diberi perhatian. Google kini turut melihat interaksi pembaca atau pelawat dengan artikel sesebuah laman dalam memaparkan hasil carian. Maksudnya, artikel yang paling disukai dan menunjukkan interaksi terbaik dengan pembaca dan pelawat lebih berpotensi untuk berada dimuka hadapan hasil carian.

Banyak lagi perkara yang boleh dipelajari dan diberi perhatian dalam dunia SEO ini. Paling penting, kita ada kemahuan untuk mempelajarinya. Kalau ada sebarang penambahan atau cadangan sila kongsi bersama pada ruangan komen.

Share this post
Repost0
To be informed of the latest articles, subscribe:
Comment on this post